logo
Suara Saya, Cerita Saya | Tentang Projek Suara Saya, Cerita Saya
379
page-template-default,page,page-id-379,ajax_fade,page_not_loaded,,qode_grid_1300,side_area_uncovered_from_content,footer_responsive_adv,qode-content-sidebar-responsive,qode-theme-ver-16.6,qode-theme-bridge,disabled_footer_top,wpb-js-composer js-comp-ver-6.7.0,vc_responsive,elementor-default,elementor-kit-514
 

Tentang Projek Suara Saya, Cerita Saya

Penceritaan digital adalah satu proses penceritaan lisan yang menggunakan pelbagai media. Ianya membolehkan orang ramai untuk berkongsi cerita dan juga membolehkan orang lain untuk mendengar cerita tersebut. Cerita adalah medium yang mempunyai kuasa memberi inspirasi kepada tindakan dan perubahan.

Projek ini menggunakan penceritaan digital sebagai medium untuk belia Orang Asli menyuarakan pengalaman dan aspirasi mereka berkaitan dengan pengalaman persekolahan mereka. Apakah pengalaman mereka pergi ke sekolah? Apakah cabaran yang dihadapi mereka? Apakah impian dan harapan mereka? Proses cerita digital direka untuk memperkasa belia menyuarakan cerita mereka.

Dalam projek media-penyertaan ini, peserta menentukan cerita mereka, memilih cara menyampaikan cerita, dan dalam bentuk apa ia disampaikan. Oleh itu, mereka pada dasarnya memberitahu cerita mereka sendiri dalam suara mereka sendiri.

Mereka menerima latihan dalam memahami proses mengkarya cerita dan penggunaan papan cerita (storyboard). Dengan menggunakan audio rakaman, fotografi, dan lain lain bentuk visual digital, audio yang disunting dan cerita- cerita digital dibentangkan sebagai foto esei multimedia. Produk akhir adalah sebuah filem pendek, yang telah ditulis, disunting, dan dirakam oleh belia sendiri

Perbuatan bercerita memberi pengiktirafan kepada pengalaman unik belia Orang Asli, dan boleh menjadi pengalaman yang positif dan memperkasakan untuk komuniti. Cerita-cerita yang dihasilkan dapat meningkatkan kesedaran tentang keperluan dan pengalaman masyarakat Orang Asli dengan itu menggalakkan pemahaman yang lebih baik mengenai masyarakat ini dan terutama aspirasi belianya.

Projek ini adalah hasil daripada kerjasama jaya dengan masyarakat Orang Asli dari beberapa kampung di Semenajung Malaysia.  Projek ini merupakan usahasama yang melihat kerjasama diantara pihak universiti, industri dan komuniti. Projek ini dibiayai dana Geran Jalinan Masyarakat UMCARES Selain daripada itu, ramai rakan-rakan dan ahli komuniti yang menyumbang tenaga dan memberi sokongan kepada projek ini.