04 Aug Pengalaman Pahit oleh Seri Clarrisa (13 tahun)
‘Terbaik la Clarrisa’, itulah perkataan rakan sekelas yang bangga dengan Clarrisa setelah melihat ceritanya. Clarissa gunakan cerita digital ini untuk berkongsi tentang perbuatan membuli oleh rakan-rakan sekolahnya yang memandang rendah pada dirinya sebagai Orang Asli.
Seri Clarissa has chosen this digital story to share her experience of being bullied by her schoolmates who look down on her because she is an Orang Asli.
‘Pengalaman Pahit’ : Cerita Clarrisa jelas menunjukkan anak murid Orang Asli tidak dihormati oleh beberapa rakan sekelasnya. Melalui penceritaan ini, Clarrisa mahu menyedarkan orang ramai bahawa menghina itu perbuatan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada pembangunan mindanya.
Her story clearly shows that Orang Asli students are not respected by her schoolmates. Through her story, Clarissa wants to raise awareness that the humiliation is something that hurt her and impacted her mental growth.
Clarrisa mempunyai prinsip yang kuat dalam mengekalkan identiti sebagai pelajar Orang Asli. Clarrisa mahukan persekitaran sekolah yang selamat.
Clarissa has a strong principle in retaining her identity as an Orang Asli student. Clarissa wants a school environment which is safe.